Thursday, August 25, 2011
GPK HEM NAIK PANGKAT>GPK 1 SK BETAU
Seperti masih baru Cikgu Mazlan,Cikgu Siti Aishah dan Sir Syakirin meninggalkan SK Kemahang,kini tiba giliran Ustazah Rashidah yang telah berkhidmat selama 11 tahun di SK Kemahang, disahkan menerima tawaran GPK 1 Hakiki berkuatkuasa 16 Ogos yang lalu. Beliau akan berkhidmat di SK Betau,antara sekolah pedalaman yang agak popular.Ketiadaan beliau di SK Kemahang akan meninggalkan banyak kesan sama ada dari segi pentadbiran, pelaksanaan program dan yang utama ialah nasyid. Semua ini akan menjadi cabaran kepada kami warga SK Kemahang untuk mengekalkan momentum tersebut dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi sedia ada. Semoga Ustazah Rashidah terus maju jaya di dalam perkhidmatan perguruannya.Sekalung tahniah dari kami warga SK Kemahang.
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2011
Pada 22 Julai lalu,pihak sekolah telah mengadakan perasmian sambutan bulan kemerdekaan.Walaupun diadakan semasa bulan Ramadhan,namun semangat yang ditunjukkan oleh para guru dan murid amat memberangsangkan.
Beberapa aktiviti telah diadakan seperti nyanyian lagu patriotik, kuiz kenegaraan, laungan merdeka dan kempen kibarkan bendera. Aktivti diteruskan lagi pada hari-hari yang berikutnya seperti pertandingan mewarna, persembahan dan lukisan.Sama-sama kita menghargai tanah air yang tercinta ini.Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Subscribe to:
Posts (Atom)
MISI MENGHIMPUNKAN BEKAS-BEKAS MURID SK KEMAHANG
Salam buat semua bekas murid-murid SK Kemahang...Mohon jasa baik tuan/puan agar mendaftarkan diri sebagai Followers di dalam blog ini supaya segala mesej dan maklumat terkini berkenaan sekolah dapat disalurkan..Di mana jua anda berada sematkan SK Kemahang di dada..Selamat Maju Jaya