Falsafah
Musyawarah dan iltizam seluruh warga SK Kemahang menjadi tunjang kepada pembangunan dan kecemerlangan aktiviti pendidikan. Menyedari hakikat bahawa sekolah merupakan faktor utama untuk mendidik dan melahirkan insan seimbang, harmoni, dan berketerampilan, maka setiap murid perlu diberi hak untuk belajar dan diajar bagi menggarap potensinya dalam segala bidang. Kecemerlangan dalam semua aspek disamping komitmen berterusan ibu bapa dan komuniti setempat merupakan sumber utama dalam peningkatan kemajuan pendidikan.
Visi
Menjadikan SK Kemahang sebagai sekolah berpontensi dari segi Kurikulum, Ko-kurikulum dan melahirkan insan berkualiti menjelang 2011.
Misi
Melaksanakan program pendidikan yang efekif dalam melahirkan murid berkualiti.
Motto
Mutu Gaya Kecemerlangan