![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQVVCKrg67XLd3E3oVFgYacw4YAtJFoZERZNturbSSqzvhGZmQJ9rrA1zZymH5Gl1Wem5gHs6MGDoSUdYAkKmXFMUHBev29in62pdsB_YILNuW0Y9ka0abNYYP1Y8ftgmfTs-SPAX6grU/s320/IMG-20160309-WA0017.jpg) |
Antara Murid Yang Berjaya Menjawab Soalan Kuiz |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQdZWuAwH2GroZmYQRza7QUKn0A5W824AbK7OXSdWAQhODyYtMAMv1cYP8ULoKKwqZBdBxkqLZfLZ399Ddp_fMl2Ovam0x_4CumZK53WGM7qH_GlV_SVZ_bkHHyZOyBG3KnKDKAAPjVUo/s320/P_20160308_114139.jpg) |
Kehadiran Ini Amat Dihargai |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTxBk32Up0IzX7YicnTqNYpsOvyAnxLBcy1Yd2ARLBk5riOSeFz7sfdGWzxylEjZ0IOIwOPbthajBgAEQ25ajW-R-8iVCHgF-PGXguaO7x4BMh8FCpjYJkyC_6G0GNid6TimdWwwGBgPA/s320/IMG-20160309-WA0013.jpg) |
Guru Berbincang Bersama Pegawai PKD Lipis |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgpYX2JdZ0s5sMHopVKuOcHyamLUYrOUAhGvH00INN1lPiYNaGwMXSLFoFDn2TMyzL_VatybqertlwvxyGA6uraL8VX0M3wz5IUEY78CnpxhDadTIwHKZ32CBdqS24rorsxB10YpucK7pQ/s320/IMG-20160309-WA0014.jpg) |
Bahan Maujud - Model Nyamuk Aedes Yang Dipamerkan |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcwBv4Z9fWDhRwE-_4sjs1paqYYd6hrtVAaA0r407_q3x4swiPObzkgap9YBrSfLbkUHzAvC1gK3YVBvhbltn2PnTjfVtkOLsM_JLlaUE_32mlB96GxRbhoTzBEa7LWbSdSz7Pw4bTqqQ/s320/IMG-20160309-WA0015.jpg) |
Pegawai Sains Makanan Sedang Memberikan Ceramah
Kemahang 8 Mac -Baru-baru ini, pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Lipis telah menjalankan satu program pendidikan kesihatan bernama PROKES di SK Kemahang. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah ceramah oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pegawai Sains Makanan dan Pegawai Farmasi selain itu turut diadakan juga ruangan pameran dan edaran risalah kesihatan.
Murid-murid dan guru telah mengikuti ceramah yang dijalankan dengan menarik. Pihak PKD juga turut menyediakan hadiah kepada murid-murid yang berjaya menjawab soalan yang diberikan oleh penceramah. Program PROKES ini adalah amat baik dan bertepatan dengan kurikulum sekolah terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas inisiatif pihak PKD dalam menjayakan program ini disekolah kami. Semoga kerjasama ini akan berterusan di masa hadapan.
|
MISI MENGHIMPUNKAN BEKAS-BEKAS MURID SK KEMAHANG
Salam buat semua bekas murid-murid SK Kemahang...Mohon jasa baik tuan/puan agar mendaftarkan diri sebagai Followers di dalam blog ini supaya segala mesej dan maklumat terkini berkenaan sekolah dapat disalurkan..Di mana jua anda berada sematkan SK Kemahang di dada..Selamat Maju Jaya