SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK KEMAHANG

Assalamualaikum dan salam sejatera buat semua pengunjung blog SK Kemahang..semoga kita dapat berkongsi idea demi memartabatkan anak bangsa,agama dan negara.

Monday, May 10, 2010

Konvoi Amal Bermotosikal BAKSU

Pada 22 Mei 2010 bersamaan hari Sabtu, konvoi amal bermotosikal Badan Amal Sukan Jabatan Pelajaran Pahang akan berada di sekitar Kg Kemahang Hulu dan Kemahang Hilir. Pelbagai aktiviti akan diadakan antaranya aktiviti amal gotong-royong, sukaneka dan bantuan kepada warga dan pelajar miskin. Turut diadakan pameran AADK dan pemeriksaan kesihatan percuma. Semua penduduk kampong dijemput hadir untuk memeriahkan pelbagai aktiviti yang telah dirancang.
            Konvoi amal akan mula berlepas dari Kuantan pada pagi Jumaat 21 Mei 2010 dan akan singgah dibeberapa daerah sebelum terus ke tempat penginapan di IPGM TAA Kuala Lipis. Konvoi dijangka tiba di Kg Kemahang pada jam 9.15 pagi Sabtu 22 Mei 2010, dan akan disambut oleh warga penduduk Kg Kemahang. Konvoi akan mula berkumpul di perkarangan balairaya Kg Kemahang Hulu untuk mendengar taklimat amal oleh ketua kampong, ketua Pemuda Bahagian dan akan bergerak ke SK. Kemahang. Pameran AADK dan pemeriksaan kesihatan percuma akan diadakan di SK. Kemahang. Orangramai dialu-alukan untuk hadir ke SK. Kemahang.
            Pada jam 10.30 pagi , peserta konvoi amal seramai 100 orang akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan kerja amal. Antara kerja amal yang telah dicadangkan ialah gotong-royong membersih kawasan masjid, kawasan perkuburan dan kawasan sekolah.
            Selepas makan tengahari dan solat zohor berjemaah di Masjid Kg. Kemahang Hulu, peserta akan dibawa beriadah di Taman Tasik Burung Mandi. Demo motorsikal lasak akan diadakan. Pada sebelah petang selepas solat asar berjemaah acara sukaneka antara peserta konvoi amal dan penduduk kampong akan. Acara kemuncak ialah Tarik Tali. Setelah selesai acara sukaneka akan diadakan pula penyampaian hadiah dan bantuan kepada penduduk miskin dan pelajar terpilih. Penyampaian hadiah dan sumbangan akan disempurnakan oleh YB ADUN Benta. Difahamkan Dato' Pengarah Pelajaran, Timbalan Pengarah, Ketua Sektor, Pegawai JPN dan PPD Lipis turut serta. Semua peserta konvoi dijangka meninggalkan Kg. Kemahang sekitar jam 6.30 petang dan terus ke IPGM IPTAA untuk aktiviti sebelah malam.
           Datanglah beramai-ramai memeriahkan acara julung-julung kali diadakan di Kg. Kemahang. Kami warga pendidik amat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan.

MISI MENGHIMPUNKAN BEKAS-BEKAS MURID SK KEMAHANG

Salam buat semua bekas murid-murid SK Kemahang...Mohon jasa baik tuan/puan agar mendaftarkan diri sebagai Followers di dalam blog ini supaya segala mesej dan maklumat terkini berkenaan sekolah dapat disalurkan..Di mana jua anda berada sematkan SK Kemahang di dada..Selamat Maju Jaya

ALUMNI

ALBUM