SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK KEMAHANG

Assalamualaikum dan salam sejatera buat semua pengunjung blog SK Kemahang..semoga kita dapat berkongsi idea demi memartabatkan anak bangsa,agama dan negara.

LAGU SEKOLAH

Lagu sekolah telah dicipta oleh Encik Mohd Nazim bin Mohd Iderus pada tahun 1991 yang merupakan seorang guru di sekolah ini ketika itu.

Selembut namamu terukir senyuman
Berbudi berusaha maju jaya
Kecemerlangan anak bangsa tercinta
Seruan agama dan negara

Berbudi megahnya bak belaian sang bayu
Mencurah ilmu budi pekerti
Guru-gurunya bersemangat waja
Penuh azam mendidik kami semua

Berusaha jaya kita tetap bersama
Berilmu dan berbudi cita tinggi
Jasa murnimu tetap kami kenangkan
Oh Sekolah Kebangsaan Kemahang...

MISI MENGHIMPUNKAN BEKAS-BEKAS MURID SK KEMAHANG

Salam buat semua bekas murid-murid SK Kemahang...Mohon jasa baik tuan/puan agar mendaftarkan diri sebagai Followers di dalam blog ini supaya segala mesej dan maklumat terkini berkenaan sekolah dapat disalurkan..Di mana jua anda berada sematkan SK Kemahang di dada..Selamat Maju Jaya

ALUMNI

ALBUM